1. PENGERTIAN :
    - Allah Maha Mendengar

2. DALIL :
    - Surah al-Baqarah ayat 181 :

... إِنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿١٨١﴾        
- Maksudnya : "Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

2. HUKUM BERIMAN :
    - Wajib

3. KESAN BERIMAN :
    3.1 Sentiasa menjaga tutur kata
    3.2 Dikasihi Allah
    3.3 Mendapat pahala
    3.4 Dihormati orang
    3.5 Mendapat kesejahteraan

4. LATIHAN :
    - Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul :
      1. Sama' bererti Allah Maha ____________.
      2. Allah boleh mendengar semua perkara termasuk yang __________.
      3. Kita __________ mempercayai Allah bersifat Sama'.
      4. Dalil naqli Allah bersifat Sama' dinyatakan dalam surah __________ ayat 181.

1. Maksud Ihsan :
    - Melakukan ibadat hanya kerana Allah

2. Sifat utama Ihsan :
    - Ikhlas semata-mata kerana Allah Taala

3. Kebaikan sifat Ihsan :
    3.1 Dikasihi Allah
    3.2 Dilimpahi rahmat kepadanya
    3.3 Diampunkan dosanya
    3.4 Ditolong Allah
    3.5 Mendapat ganjaran pahala
    3.6 Dijanjikan syurga

1. Lafaz niat puasa Ramadhan :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa : (disiang hari dengan sengaja)
    2.1 Makan / minum
    2.2 Memasukkan sesuatu kedalam rongga
    2.3 Muntah
    2.4 Bersetubuh
    2.5 Keluar mani
    2.6 Haid / nifas
    2.7 Gila
    2.8 Mabuk / pengsan sepanjang hari
    2.9 Berbuka puasa sebelum waktu
    2.10 Murtad (keluar drpd Islam)

3. Hikmah puasa :
    3.1 Mengukuhkan iman dan takwa
    3.2 Membentuk sifat mulia
    3.3 Menjauhkan dari dosa dan kejahatan
    3.4 Menyihatkan badan

PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA)


Beberapa perkara asas Fardu Ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, yang ingin dipastikan benar-benar diketahui, difahami, diamalkan dan dihayati oleh setiap murid dengan betul dan sempurna sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak

Salam hormat buat semua..
Masalah mengingat pelajaran sering dialami oleh kebanyakan daripada pelajar. Malah kita sebagai orang dewasa juga sering berdepan dengan masalah sama. Untuk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat dan sayang Allah SWT kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Antara makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan ialah ;
 
Halia
Anggur Hitam
Jus lobak merah & madu
Buah badam
Air soya
Madu lebah
Susu
Buah epal
Ikan tuna
Air zamzam
Kismis
Buah kurma
Tempe

Insyaallah, jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kuat, kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.

Bagi anak-anak(dan mungkin sesetengah orang dewasa juga!), kedatangan Ramadhan, kadangkala merisaukan mereka. Puasa sering dijadikan alasan untuk mereka tidur seharian, ponteng sekolah dan ponteng melakukan segala urusan yang lain.
Bagaimana nak pujuk diri kita untuk berpuasa disamping melakukan rutin harian walaupun berlapar dan dahaga?
Petua dan tip ini mungkin dapat membantu anda:
1. GAMBARAN :Selalu berikan gambaran tentang puasa sebelum tibanya Ramadhan..Fahamkan mereka, bahawa puasa bukan sekadar ibadat, tetapi ada faedah kesihatan . Persediaan mental amat penting untuk menggalakkan mereka berpuasa.
2.  PUASA SUNAT :Berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban..Tujuannya untuk melatih diri menerima kedatangan Ramadhan.
3. BERI CONTOH : Ibu bapa dan orang yang lebih tua harus memberi contoh. Ini kerana anak-anak suka meniru perlakuan orang tuanya.
4. JADUAL : Rancang jadual dengan bijaksana supaya mereka tidak merungut keletihan.
5. REHAT: Biarkan anak berehat sebentar selepas pulang dari sekolah..
6. AKTIVITI : Beri anak aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan seperti mewarna dan melukis, agar mereka tidak memikirkan perut yang kosong.
7. BERSYUKUR : Biasakan mereka dengan kisah keberkatan Ramadhan dan betapa bersyukurnya mereka berbanding kanak-kanak di negara miskin.
8. RAIKAN : Rai anak dengan makanan kegemaran mereka ketika berbuka puasa..Bagi anak yang tidak berpuasa, jangan pula disingkirkan mereka. Gunakan pendekatan psikologi, ini secara tidak langsung dapat menggalakkan mereka untuk cuba berpuasa.


 

Assalamualaikum Muslim dan Muslimah yang ustazah sayangi..
Kita semua tahu, syurga adalah destinasi terakhir perjalanan hidup. Selain solat lima waktu, solat sunat adalah amal soleh yang melayakkan kita memasuki syurga.
Daripada Jabir, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,
" Anak kunci syurga ialah sembahyang..."
(Riwayat Imam Ahmad)

Jadi..walau sesibuk mana pun kita, solat adalah ibadat yang tidak harus ditinggalkan. Malah ketika sakit sekalipun, solat tetap wajib dilaksanakan sama ada secara duduk atau berbaring.

Oleh itu, peliharalah solat sebaik mungkin. Insyaallah kita akan terpelihara daripada unsur kejahatan.
Wallahu a'lam