Salam hormat buat semua..
Masalah mengingat pelajaran sering dialami oleh kebanyakan daripada pelajar. Malah kita sebagai orang dewasa juga sering berdepan dengan masalah sama. Untuk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat dan sayang Allah SWT kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Antara makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan ialah ;
 
Halia
Anggur Hitam
Jus lobak merah & madu
Buah badam
Air soya
Madu lebah
Susu
Buah epal
Ikan tuna
Air zamzam
Kismis
Buah kurma
Tempe

Insyaallah, jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kuat, kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Bagi anak-anak(dan mungkin sesetengah orang dewasa juga!), kedatangan Ramadhan, kadangkala merisaukan mereka. Puasa sering dijadikan alasan untuk mereka tidur seharian, ponteng sekolah dan ponteng melakukan segala urusan yang lain.
Bagaimana nak pujuk diri kita untuk berpuasa disamping melakukan rutin harian walaupun berlapar dan dahaga?
Petua dan tip ini mungkin dapat membantu anda:
1. GAMBARAN :Selalu berikan gambaran tentang puasa sebelum tibanya Ramadhan..Fahamkan mereka, bahawa puasa bukan sekadar ibadat, tetapi ada faedah kesihatan . Persediaan mental amat penting untuk menggalakkan mereka berpuasa.
2.  PUASA SUNAT :Berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban..Tujuannya untuk melatih diri menerima kedatangan Ramadhan.
3. BERI CONTOH : Ibu bapa dan orang yang lebih tua harus memberi contoh. Ini kerana anak-anak suka meniru perlakuan orang tuanya.
4. JADUAL : Rancang jadual dengan bijaksana supaya mereka tidak merungut keletihan.
5. REHAT: Biarkan anak berehat sebentar selepas pulang dari sekolah..
6. AKTIVITI : Beri anak aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan seperti mewarna dan melukis, agar mereka tidak memikirkan perut yang kosong.
7. BERSYUKUR : Biasakan mereka dengan kisah keberkatan Ramadhan dan betapa bersyukurnya mereka berbanding kanak-kanak di negara miskin.
8. RAIKAN : Rai anak dengan makanan kegemaran mereka ketika berbuka puasa..Bagi anak yang tidak berpuasa, jangan pula disingkirkan mereka. Gunakan pendekatan psikologi, ini secara tidak langsung dapat menggalakkan mereka untuk cuba berpuasa.


 



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Assalamualaikum Muslim dan Muslimah yang ustazah sayangi..
Kita semua tahu, syurga adalah destinasi terakhir perjalanan hidup. Selain solat lima waktu, solat sunat adalah amal soleh yang melayakkan kita memasuki syurga.
Daripada Jabir, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,
" Anak kunci syurga ialah sembahyang..."
(Riwayat Imam Ahmad)

Jadi..walau sesibuk mana pun kita, solat adalah ibadat yang tidak harus ditinggalkan. Malah ketika sakit sekalipun, solat tetap wajib dilaksanakan sama ada secara duduk atau berbaring.

Oleh itu, peliharalah solat sebaik mungkin. Insyaallah kita akan terpelihara daripada unsur kejahatan.
Wallahu a'lam




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Salam hormat buat semua,
Peluang berbuat kebaikan memang banyak, tidak terhad kepada sesiapa pun di muka bumi ini. Sama ada orang kaya mahupun orang miskin..Sesungguhnya Allah tidak memandang pada darjat dan kedudukan seseorang itu.


Allah berfirman yang bermaksud,
"...Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai ( mencintai ) orang yang berbuat baik."
(al-Baqarah:195)

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman yang bermaksud,
Aku cintakan 3 jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada 3 jenis manusia lainnya, iaitu:
  Aku cintakan orang yang pemurah, tetapi aku lebih cinta orang miskin yang pemurah
  Aku cintakan orang yang rendah hati dan diri, tetapi aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati dan diri
Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi aku lebih cinta orang muda yang bertaubat
 
Fikir..fikirkan..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer